Ayuni berhasrat beli Proton X50 - Utusan Malaysia

Ayuni berhasrat beli Proton X50

AYUNI SHAZWANIE SHABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Hajat seorang gadis membeli kereta idamannya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam kejadian lemas terhidu gas karbon monoksida ketika berehat dalam sebuah kereta bersama tiga lagi rakannya di sebuah stesen minyak di Samagagah, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.04 pagi itu, mangsa, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, bersama dua lagi rakannya, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Nor Adilah Mohd. Safwan, 21, dilaporkan meninggal dunia.

Seorang lagi rakan mereka yang juga pasangan kembar Nor Adilah iaitu Nor Aqilah dilaporkan kritikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti di Pulau Jerjak, Pulau Pinang ke rumah masing-masing di sini.

Bapa Ayunie, Shabri Ahmad, 54, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu disifatkan sebagai seorang yang ceria dan manja dengan ahli keluarga.

Menurutnya, arwah ada menyatakan hasratnya membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Proton X50.

Malah katanya, arwah mengajaknya untuk membuat tempahan kereta baharu itu esok namun tidak kesampaian.

“Arwah sudah lama idam nak beli kereta memandangkan dia sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, dia minta saya temankan dia untuk menempah kereta baharu itu namun hajatnya tidak kesampaian.

“Bagaimanapun, saya berniat akan cuba untuk beli juga kereta idaman arwah bagi memenuhi hajatnya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

Shabri memberitahu, anaknya itu disahkan meninggal dunia Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang kira-kira pukul 2 pagi tadi dan jenazahnya telah dibawa pulang ke rumah mereka di sini kira-kira pukul 1 tengah hari.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani pada pukul 6.20 petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.