3 sindiket dadah tumpas, enam individu ditahan - Utusan Malaysia

3 sindiket dadah tumpas, enam individu ditahan

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di beberapa kawasan di daerah itu awal pagi ini.

Operasi kira-kira dua jam sehingga pukul 1 pagi itu melibatkan kawasan di Permatang Tok Jaya dan Pangsapuri Ampang Jajar, di sini.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan enam individu berusia antara 16 tahun hingga 52 tahun termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

“Selain itu, kita merampas 99 gram (g) dadah disyaki heroin dan 1.3 g syabu yang bernilai RM3,602 ketika serbuan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya