Zambry dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas MAHB - Utusan Malaysia

Zambry dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas MAHB

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan Tan Sri Zainun Ali melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas
MAHB dan diganti oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Kumpulan dan Lembaga Pengarah MAHB dalam kenyataan hari ini mengucapkan penghargaan kepada Zainun atas sumbangan yang tidak ternilai selama berkhidmat dengan syarikat itu.

“Semasa tempohnya, Tan Sri Zainun telah bertindak untuk kepentingan terbaik Kumpulan pada setiap masa dan sangat teliti dalam memastikan bahawa standard tadbir urus korporat tertinggi dan integriti ditegakkan di seluruh Kumpulan,” kata kenyataan itu.

Zainun telah memainkan peranan dalam membantu Malaysia Airports mengatasi krisis rangkaian KLIA pada tahun 2019 dan juga berperanan dalam perbincangan Perjanjian Pengoperasian baru Malaysia Airports dengan kerajaan.

“Beliau baru-baru ini dilantik sebagai salah seorang daripada empat Pesuruhjaya dan sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Beliau juga menganggotai Lembaga Penasihat Rangkaian Integriti Kehakiman Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu juga MAHB mengalu-alukan pelantikan Zambry berkuat kuasa 12 Ogos 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.