fbpx

4 Ogos 2021, 2:33 pm

  TERKINI

Tiga ditahan gagal patuh SOP

ABD. JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga individu ditahan di negeri ini kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditetapkan. 

Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, kesemua individu terbabit yang ditahan semalam terus dihadapkan ke mahkamah. 

“Selain itu, tiga premis dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sementara itu, Abd. Jalil berkata, sebanyak 100 pasukan pemantau ditempatkan di seluruh negeri ini bagi memantau pematuhan rakyat berhubung keputusan kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak bermula hari ini.

“Polis dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) dan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjalankan pemantauan,” jelasnya. 

Setakat ini katanya, belum ada maklumat individu yang dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam kerana laporan hanya akan diperoleh dalam masa 24 jam. – UTUSAN 


POPULAR

KOSMO! TERKINI