Tiga dikompaun buang sampah di drawbridge - Utusan Malaysia

Tiga dikompaun buang sampah di drawbridge

Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga ke j drawbridge ditutup di kedua-dua hala selama tiga hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai tiga individu dikompaun Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana membuang dan meninggalkan sampah di sekitar menara ikonik, jambatan angkat atau drawbridge di sini. 

Setiausaha MBKT, Fadli Yusof Zakaria berkata, kompaun terkini yang dikeluarkan pihaknya itu adalah pada dua hari lalu membabitkan seorang individu yang dikesan melakukan kesalahan tersebut.

“Dengan penguatkuasaan kompaun RM50 serta-merta ini diharap orang ramai lebih peka dan saling bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan bandar raya ini.

“Setiap pagi petugas pembersihan kita terpaksa membersihkan banyak sampah dan sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung pada waktu malam. Keadaan angin kuat secara tidak langsung menyukarkan operasi pembersihan di kawasan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini tular gambar yang memaparkan kawasan padang di sekitar drawbridge dipenuhi sisa makanan berikutan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab. 

Keadaan itu bukan sahaja mencemarkan panorama indah menara ikonik itu, malah memberi imej buruk kepada Terengganu. 

Menurut Fadli Yusof, sehingga kini sebanyak 46 tong sampah diletakkan di sekitar kawasan drawbridge bagi kemudahan pengunjung. 

Dalam pada itu, katanya, anggota penguat kuasa MBKT yang berpakaian preman sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan drawbridge dan empat lokasi zon bersih lain termasuk Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Dataran Shahbandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya