Satu lawan satu jalan terbaik buat PN - Utusan Malaysia

Satu lawan satu jalan terbaik buat PN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkah Perikatan Nasional (PN) menetapkan calon Perdana Menteri dan pertandingan dua penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilihat sebagai pragmatik yang menonjolkan kesepakatan dalam kalangan parti komponennya.

Pensyarah Program Sains Politik Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Muhammad Takiyuddin Ismail berkata, PN harus menunjukkan kesatuan dalam kalangan mereka untuk menyaingi pengaruh Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.

“Walaupun terlalu awal tetapi PN tak mungkin mahu kurangkan peluang mereka dalam PRU-15 dengan bercakaran dan berbeza pandangan tentang kerusi dan calon Perdana Menteri.

“Risiko untuk biarkan PH ambil kembali kuasa terlalu tinggi untuk dibiarkan PN, maka jalan terbaik adalah menunjukkan kepada pengundi bahawa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain PH dan PN sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa PN akan bertanding dua penjuru dan menetapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri mereka dalam PRU-15.

Sementara itu, Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Ishak Saat berkata, penyatuan parti-parti utama orang Melayu dalam PN dapat menjamin kestabilan politik dalam negara namun ia tetap mencabar bagi UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mencapai kesepakatan.

“Setakat ini masih banyak perkara yang tak tentu. Susah nak baca politik Malaysia ketika ini, dengan (Tun) Dr. Mahathir (Mohamad) pun umum akan tubuhkan parti baharu.

“Tapi ia baik untuk penyatuan Melayu dan di Malaysia ini, hakikatnya penyatuan masyarakat Melayu adalah penting untuk kestabilan negara kerana orang Melayu yang paling dominan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.