Raja sehari ceria pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Raja sehari ceria pakai pelitup muka

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Pemakaian pelitup muka yang diwajibkan kerajaan bermula hari ini menjadi pengalaman baharu buat pengantin, Syazwan Izham Jamil, 27, dan Siti Norasyikin Mohd. Sakri, 23, yang melangsungkan perkahwinan hari ini.

Selain penganjuran majlis perkahwinan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, orang ramai termasuk pengantin sendiri terpaksa memakai pelitup muka.

Siti Norasyikin berkata, biarpun perlu memakai pelitup muka dan mematuhi SOP ditetapkan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar dan sempurna.

Malah katanya, SOP dan pemakaian pelitup muka memberikan mereka pengalaman bermakna yang dilakarkan dalam sejarah penting kehidupan mereka sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan kami tiada masalah untuk memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP dan mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“Sanak saudara, sahabat dan jiran yang datang dengan memakai pelitup muka juga sebenarnya memberikan kelainan pada majlis perkahwinan kami ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan di Kampung Tebu Hitam di sini hari ini.

Menurut Siti Norasyikin, pelaksanaan SOP dan pemakaian pelitup muka tidak menghalang saudara mara, rakan dan jiran untuk datang dan memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang tetamu, Aini Jamin, 42, berkata, pemakaian pelitup muka oleh orang ramai yang hadir dalam majlis itu membuatkan tetamu yang hadir berasa lebih selamat dengan langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.  – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya