`Perkahwinan UMNO-Pas' terus dipertahan - Utusan Malaysia

`Perkahwinan UMNO-Pas’ terus dipertahan

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut penyokong ketika Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) PRK N.58 Slim dan Penyerahan Bahagian Angkat di Dewan Felda Jaya, Trolak baru-baru ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Muafakat Nasional (MN) yang menjadi gagasan kerjasama UMNO dan Pas sejak ditubuhkan September tahun lalu tidak akan dibubarkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan akan terus memperkasakan MN.

Menurutnya, ‘perkahwinan politik’ dua parti itu sudah tentu ada masalah dan kekangan serta serangan bukan sahaja dari luar tetapi dari dalam.

“Banyak juga jarum yang menyucuk dari dalam supaya Pas dan UMNO bermufaraqah namun UMNO dan Pas tidak akan lari atau membubarkan MN sebaliknya akan memperkasakan muafakat ini.

“Ramai penganalisis politik melihat UMNO dan Pas akan berbeza pandangan dan MN berkubur namun selagi saya dan Abdul Hadi sama-sama mempunyai perasaan sama, kami akan mempertahankan MN bukan untuk PRU-15 sahaja tetapi selepas ini kita akan perkukuhkan MN,” katanya pada Ceramah Muafakat Nasional semalam yang turut dihadiri Abdul Hadi.

Ahmad Zahid menegaskan, jika pun wujud permasalahan dalam kerjasama dua parti itu, ia adalah permasalahan furuq atau cabang.

Menurutnya, ia tidak menjejaskan kerjasama, ibarat pokok yang bertunjangkan akar yang kukuh.

“Kadangkala pokok yang tinggi di antara yang lain, pokok itulah akan kena angin kencang atau petir.

“Akar itu ialah UMNO dan Pas, pokok itu yang akan menaungi dan melindungi ummah di negara ini,” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Ahmad Zahid berkata, akan wujud gagasan politik baharu melibatkan tidak kurang daripada tujuh parti di negeri itu berdasarkan semangat Sabah.

“Bukan mahu riak atau takbur, namun kemenangan dalam PRK DUN Slim memberi inspirasi untuk kita akan dapat jadi kerajaan di Sabah.

“Kerajaan Sabah sama dengan kerajaan Pusat semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah apabila memberi janji tetapi tak dapat ditunaikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya