Maritim Malaysia tahan dua kapal tangki - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan dua kapal tangki

KOTA TINGGI : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah vesel utiliti kerana tidak mempunyai sebarang manifest atau pelepasan pelabuhan ketika diperiksa di Perairan Johor Timur, petang semalam. - FOTO/ IHSAN APMM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah kapal tangki di perairan negara selepas gagal mengemukakan dokumen polisi insurans.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd, Zulfadli Nayan berkata, kapal berkenaan ditahan di perairan Johor Timur kira-kira pukul 10.10 pagi semalam. 

Jelasnya, penahanan itu dilakukan selepas kapal ronda Maritim Malaysia mengesan kedua-dua kapal tangki tersebut sedang dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal tangki itu dikendalikan 14 lelaki warga Indonesia berumur antara 24 hingga 47 tahun.

”Pemeriksaan ke atas dokumentasi mendapati kedua dua kapal ini didaftarkan di Malabo, Equatorial Guinea, namun telah gagal mengemukakan polisi insurans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zulfadli berkata, kedua-dua kapal itu  telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 361(1) dan 338A (3) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana tiada dokumen berkaitan polisi Insurans maritim serta.

Katanya, selain itu mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) OPS 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa pemakluman Pengarah Laut.

”Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Johor Timur.

“Justeru itu pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan untuk melakukan sebarang aktiviti,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya