Khidmat Rapid Ferry di Pulau Pinang tergendala - Utusan Malaysia

Khidmat Rapid Ferry di Pulau Pinang tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Perkhidmatan Rapid Ferry di negeri ini tergendala sejak semalam dan dijangka pulih  Rabu ini berikutan empat buah feri mengalami masalah teknikal.

Ketua Rapid Ferry, Osman Amir berkata, penangguhan perkhidmatan feri  terlibat melibatkan operasi dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim bagi kedua-dua hala.

Sehubungan itu, katanya, Rapid Ferry menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa penumpang dari Penang Sentral di Butterworth ke Terminal Weld Quay di bahagian pulau. 

“Sebanyak 10 buah bas disediakan dengan frekuensi 10 hingga 20 minit. Pihak Rapid Ferry memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Info

Berikut adalah makluman bagi perkhidmatan bas: 

Dari Penang Sentral (Platform 11 & 12)

Bas Pertama : 06.00 pagi

Bas terakhir : 11.00 malam

 

Dari Terminal Weld Quay (Terminal A)

Bas Pertama : 07.10 pagi

Bas terakhir : 11.00 malam 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya