Keluarga terlibat Temco diberi bantuan makanan - Utusan Malaysia

Keluarga terlibat Temco diberi bantuan makanan

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lebih 5,000 keluarga yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di Amanjaya, Sungai Petani akan menerima sumbangan bekalan makanan yang diuruskan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pengagihan bekalan makanan itu dibuat secara berperingkat bagi meringankan beban ditanggung keluarga terlibat.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 2,100 keluarga menerima bantuan tersebut yang diselaraskan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuala Muda.

“Kta akan pastikan kesemua keluarga yang terlibat dengan Temco di Amanjaya mendapat bekalan secukupnya.

“Bantuan diberikan kepada 5,262 ketua keluarga terlibat. Begitu pun kita masih mengalu-alukan sumbangan dari pihak lain dengan mereka boleh menghantar bantuan ke PKOB Kuala Muda bagi diagih-agihkan kepada penduduk terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima sumbangan berupa 50 kerusi roda serta tujuh pemeriksa suhu digital sumbangan Kelab Rotary Alor Setar untuk diserahkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Fikri Ujang dan Gabenor Daerah Rotary Antarabangsa, Teoh Kwan Swee.

Muhammad Sanusi berkata, pejabat daerah turut mengambil inisiatif mengedarkan senarai nama serta nombor telefon peniaga yang melaksanakan jualan secara dalam talian serta tunai semasa serahan (COD) bagi memberi kemudahan kepada penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya