Isu korek pasir di Pekan: Selesaikan bersama kata Najib - Utusan Malaysia

Isu korek pasir di Pekan: Selesaikan bersama kata Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersetuju jika terdapat aktiviti melombong pasir di Pekan, dekat sini yang tidak terkawal dan melanggar syarat ditetapkan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, sekiranya terdapat aktiviti ekonomi yang membawa kesan kepada rakyat, ia perlu diberi perhatian dan dicari penyelesaian segera.

“Saya berasa simpati terhadap perkampungan dan kehidupan nelayan yang terjejas,” katanya dalam catatan Facebooknya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kebimbangan penduduk tentang kerakusan pengusaha lombong pasir yang boleh menjejaskan kira-kira 16,000 penduduk khususnya golongan nelayan sungai dan pesisir pantai di lapan buah kampung di pesisir Sungai Pahang di Pekan.

Lapan kampung berkenaan adalah Kampung Tanjung Agas, Kampung Pasir Panjang, Kampung Ketapang, Kampung Kuala Pahang, Kampung Marhum, Kampung Siong, Kampung Pulau Tambun dan Kampung Pulau Jawa.

Mengulas lanjut, Najib berkata, berdasarkan siasatan awal, aktiviti di situ dijalankan secara terkawal dan mengikut garis panduan sedia ada.

Namun demikian, katanya, beliau dan dan kerajaan negeri memandang serius perkara itu sekiranya benar-benar membawa kesan terhadap kehidupan nelayan dan perkampungan seperti dilaporkan.

“Pemantauan rapi akan dijalankan dan dikuatkuasakan dengan tindakan. Jika wajar, bantuan susulan perlu ada bagi memastikan kebajikan dan kehidupan harian rakyat terpelihara.

“Insya-Allah, kita selesaikan bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya