Ibu bapa lega SMK Sungai Karangan tutup sampai 1 September - Utusan Malaysia

Ibu bapa lega SMK Sungai Karangan tutup sampai 1 September

JUMLAH kehadiran murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar merosot berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap Kluster Tawar. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Ibu bapa  pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Karangan di sini lega apabila sekolah terbabit ditutup sehingga 1 September bagi mengekang penularan Covid-19.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Karangan, Ismadi Ishak berkata, pihak sekolah menerima surat  Kementerian Pendidikan Malaysia yang memaklumkan penutupan sementara mulai 23 Ogos. 

“Keputusan melegakan ramai pihak termasuk guru dan ibu bapa yang keliru apabila sebelum  ini ada kes positif Covid 19 bagi Kluster Tawar, namun sesi persekolahan diteruskan.

“Saya harap ibu bapa pelajar terlibat dapat mematuhi prosedur operasi standard  (SOP) Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta kekal duduk di rumah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan ibu bapa di sekitar Sungai Karangan dan Padang Meha keliru dengan status persekolahan di situ ekoran penularan Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Penduduk di dua kawasan itu kebanyakannya menghantar anak-anak mereka ke SMK Sungai Karangan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karangan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Karangan, Muhammad Fuzail Shukri pula berkata, sekolah itu masih meneruskan sesi persekolahan semalam.

“Saya ada berbincang dengan guru besar  SK Sungai Karangan  dan mendapati kehadiran pelajar  ada suatu masa hanya 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kira-kira 760 pelajar sekolah tersebut.

“Kami berharap pihak kerajaan dapat pertimbangan untuk menutup sementara sekolah itu bagi menjaga keselamatan pelajar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya