Sultan Johor hadiahkan kek 'Wilma' kepada Raja Zarith sempena ulang tahun keputeraan - Utusan Malaysia

Sultan Johor hadiahkan kek ‘Wilma’ kepada Raja Zarith sempena ulang tahun keputeraan

RAJA Zarith Sofiah Sultan Idris menyambut ulang tahun keputeraan ke-61 pada hari ini. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menyambut ulang tahun keputeraan ke-61 semalam.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam hantaran terbaharu Facebook memaklumkan bahawa baginda berkenaan menghadiahkan kek ‘Wilma’ sebuah watak di dalam siri kartun The Flintstones kepada Permaisuri Johor bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda.

Turut diadakan majlis sambutan bersempena ulang tahun keputeraan Raja Zarith Sofiah bersama keluarga diraja Johor di Istana Flintstones, Mersing kelmarin (Khamis). 

Berangkat sama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Selain itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook baginda juga mengucapkan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Raja Permaisuri Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya