Dua feri bawa lebih penumpang, langgar SOP ditahan - Utusan Malaysia

Dua feri bawa lebih penumpang, langgar SOP ditahan

FERI yang ditahan berikutan membawa lebihan penumpang sehingga melanggar SOP PKPP. Pix:Ihsan Maritim Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Akibat membawa penumpang melebihi muatan ditetapkan, dua buah feri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor pada kedudukan 0.5 batu nautika dari Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang petang Ahad lalu.

Kedua-dua feri penumpang itu ditahan Maritim Selangor kira-kira pukul 5 petang.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kedua-dua feri tersebut dalam perjalanan ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua feri ini membawa penumpang melebihi 84 orang termasuk kru yang dibenarkan pihak berkuasa.

“Sebuah feri membawa 119 orang penumpang manakala sebuah lagi memuatkan 124 orang berserta tiga kru bagi setiap feri. Kedua-dua feri didapati melanggar syarat sah lesen iaitu membawa penumpang melebihi had yang disyaratkan.

“Mereka juga didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak patuh dengan penjarakan fizikal pengoperasian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya menahan enam kru warga tempatan berusia 17 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan.

“Kita juga telah mengarahkan pemilik kedua-dua bot untuk hadir ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan sama.

“Maritim Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan terutamanya melibatkan tindakan yang boleh menjejaskan aspek-aspek keselamatan walaupun ianya dipandang remeh oleh pengendali bot.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya