`Buat apa saya bayar RM10 juta kepada PKR' - Azmin - Utusan Malaysia

`Buat apa saya bayar RM10 juta kepada PKR’ – Azmin

Mohamed Azmin Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan membayar wang RM10 juta seperti dituntut PKR selepas didakwa berpaling tadah daripada parti itu.

Malah,Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, jika mempunyai wang tersebut, beliau akan memberikan kepada rakyat berbanding menyerahkan kepada PKR.

“Untuk apa saya bayar mereka RM10 juta, lebih baik RM10 juta saya beri kepada rakyat daripada beri kepada parti yang tidak relevan.

“Jika saya ada duit itu, saya akan serah kepada rakyat, saya tak serahkan kepada parti yang sudah rosak seperti PKR,” katanya.

Azmi berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Korban Perdana, Penggerak Komuniti Negara, Negeri Sembilan di Juasseh dekat sini semalam.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Baru-baru ini, Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan berkata, parti akan mengeluarkan surat tuntutan RM10 juta setiap seorang daripada 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, belum ada perbincangan antara pihaknya bersama UMNO dan Pas yang berada dalam Muafakat Nasional (MN) mengenai isu pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Saya dimaklumkan perbincangan MN dibuat tahun lepas sebelum ada Perikatan Nasional (PN) tidak mengapalah, sebelum ada PN mereka bincang dengan MN.

“Itu benda logik, sekarang sudah ada PN kita kena bincang secara bersama. Belum ada pilihan raya, tak bincanglah, pilihan raya lambat lagi,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini bahawa MN Selangor sudah menyelesaikan 90 peratus pengagihan kerusi Parlimen dan DUN negeri itu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Noh, keputusan akhir mengenai perkara itu walau bagaimanapun hanya akan diputuskan pihak pimpinan parti peringkat pusat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.