'Biar saya bincang dengan Tok Mat' - Utusan Malaysia

‘Biar saya bincang dengan Tok Mat’

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedia berbincang dengan Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai pengumuman Timbalan Presiden UMNO itu yang mahu bertanding di kerusi Parlimen berke­na­an pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Khairy, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Rembau berkata, memandangkan beliau dan Mohamad atau Tok Mat dari bahagian UMNO yang sama, perkara itu wajar dibincangkan dalam konteks UMNO Rembau.

“Biar saya bincang dulu dengan Tok Mat. Ini perkara yang boleh kita bincang, sebab Tok Mat dan saya daripada bahagian yang sama.

“Beliau Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya timbalannya. Jadi biarlah kita bincang secara adik-beradik dalam konteks keluarga UMNO Rembau dan dalam perbincangan itu boleh­lah kita boleh buat keputusan.

“Perkara ini tidak perlu komen di luar, kita bincang dalaman,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program makan tengah hari bersama jentera Barisan Nasional (BN) dan ziarah kasih sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Felda Besout 2 dekat sini semalam.

Turut hadir calon BN. Mohd. Zaidi Aziz.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau baru-baru ini mengumumkan akan bertan­ding di kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15.

Mohamad berkata, keputusan itu sesuai dengan peranannya dalam parti di peringkat pusat.

Berikutan itu, timbul spekulasi bahawa Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan bertanding di Parlimen Tampin yang dimenangi Amanah pada PRU-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya