Bersatu Klang lumpuh - Utusan Malaysia

Bersatu Klang lumpuh

Syed Abdillah Syed Abdul Aziz (barisan hadapan, empat dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Bersatu bahagian Klang menunjukkan surat peletakan jawatan dan keluar parti di Klang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Klang lumpuh selepas kesemua 23 ahli jawatankuasa parti bahagian itu termasuk ketuanya, Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz melepaskan jawatan petang tadi, berkuat kuasa serta-merta.

Syed Abdillah berkata, tindakan itu diambil selepas kecewa dengan pihak penaja yang memutuskan untuk menjalankan satu lagi pemilihan atas sebab tertentu dan tidak rasmi tanpa memaklumkan kepada kepemimpinan bahagian.

“Walhal pemilihan pucuk pimpinan di peringkat cawangan dan bahagian telah dilakukan pada 23 Februari lalu. Keputusan tidak rasmi yang diumumkan adalah satu kemenangan besar buat seluruh barisan yang dipertandingkan,” katanya pada satu sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Klang di sini hari ini.

Menurut Syed Abdillah, pihaknya juga kesal dengan pemilihan kedua pada 15 Mac apabila wujudnya pengundi hantu dan penipuan kad pengenalan sehingga tujuh orang ditahan reman polis.\

“Akibatnya tiga cawangan telah dibubarkan. Pada 19 Julai pula, bahagian dimaklumkan bahawa calon lawan Ketua Bahagian tidak dibenarkan bertanding kerana beliau masih ahli PKR yang aktif.

“Berikutan masalah dalaman parti itu, pihak bahagian tidak dapat menjalankan sebarang mesyuarat rasmi hingga kini,” katanya.

Justeru, Syed Abdillah memberitahu, barisan kepemimpinan Bersatu Klang memohon untuk menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kami Bersatu Bahagian Klang dengan ini sebulat suara memohon menjadi ahli parti baharu itu. Kami kecewa dengan Bersatu sekarang yang semakin lari daripada wadah perjuangan Bersatu yang asal seperti mana pada awal penubuhannya untuk menentang kleptokrasi, ” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir mengumumkan parti baharu akan ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas serta berprinsip.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya