Belum ada tarikh kes Adib - KPKT - Utusan Malaysia

Belum ada tarikh kes Adib – KPKT

ISMAIL Abd. Mutalib melakukan pemeriksaan kawalan kehormat pada Sambutan Hari Kebangsaan peringkat KPKT 2020 di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan belum ada tarikh muktamad mengenai semakan semula bagi membincangkan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Mutallib berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang komen lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak yang terlibat.

Jelasnya, kes kematian arwah Muhammad Adib pasti akan mendapat pembelaan sewajarnya selepas melalui prosiding mahkamah dan undang-undang.

“Saya tidak boleh komen sebab kita tak nak campur hal yang berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis, ada bidang masing-masing.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan dan pihak polis kerana diizinkan untuk siasatan balik sebab kita tak menentukan siapa yang salah kerana penyiasatan dan mahkamah akan menentukannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat KPKT di sini hari ini.

Kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib hanya dapat diteruskan selepas pihak polis berjaya mengenal pasti dan menahan pembunuhnya untuk didakwa.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Mahkamah Koroner mendapati kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya berusia 24 tahun itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Pada 27 September tahun lalu, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya