Agih Jalur Gemilang bukan pengaruhi undi - Utusan Malaysia

Agih Jalur Gemilang bukan pengaruhi undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pengagihan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan kepada masyarakat di sini bukan bertujuan untuk mempengaruhi undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan, pengedaran bendera Malaysia itu adalah bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan negara.

“Pengagihan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan dibuat atas tugas mereka untuk menyalurkan maklumat dan semangat cintakan negara kepada rakyat tanpa mengira musim termasuk ketika pilihan raya. 

“Pengagihan bendera Malaysia tidak boleh dikatakan untuk mempengaruhi undi kerana ketika ini sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Pembangkang juga boleh mengagihkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Santai Merdeka di Dewan Terbuka Kampung Kuala Slim di sini hari ini. 

Zahidi mengulas dakwaan  sebuah portal atas talian yang mendakwa Jabatan Penerangan menjadi alat politik BN dalam PRK DUN Slim apabila mengedarkan Jalur Gemilang beserta bahan kempen calon BN.

Portal berkenaan mendakwa, bungkusan bendera Malaysia yang diedarkan kepada masyarakat di sini tertulis ‘Sumbangan: Jabatan Penerangan Malaysia’.

Antara lokasi Jalur Gemilang diedarkan ialah sekitar pekan Slim River dan kawasan berhampiran, lapor portal berkenaan.

Kata laporan itu, masyarakat yang menerima edaran bendera itu gembira namun terkejut apabila turut diberi bahan kempen calon BN, Mohd. Zaidi.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya