PETALING JAYA: Komuniti antarabangsa digesa menghentikan pendekatan lama yang sekadar ‘mengurus konflik’ Palestin, sebaliknya bertindak segera membuka laluan jelas ke arah penubuhan negara Palestin merdeka. Perdana Menteri Palestin, Dr. Mohammad Mustafa berkata, dunia kini berada di persimpangan kritikal antara meneruskan kitaran peperangan atau membina keamanan berkekalan berasaskan penyelesaian dua negara. “Perang tidak menghasilkan keamanan, sekatan tidak menjamin keselamatan dan pendudukan tidak membawa kestabilan. Hanya penyelesaian politik yang adil mampu mengubah…










