ADUN Jeram umum keluar Bersatu - Utusan Malaysia

ADUN Jeram umum keluar Bersatu

MOHD. SHAID ROSLI (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian daripada ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Kuala Selangor yang keluar parti, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram (ADUN), Mohd. Shaid Rosli mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa hari ini.

Turut mengumumkan keluar parti ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin.

Mohd. Shaid berkata, dua pertiga ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Kuala Selangor dan sebahagian besar 13 cawangan turut mengambil keputusan yang sama.

“Saya juga akan mele­pas­kan semua jawatan dalam parti sekali gus men­jadi ADUN bebas. Keputusan ini ekoran kemelut yang melanda parti itu selepas penyingkiran Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku pengasas.

“Kami lihat perjua­ngan asal parti semakin tersasar daripada objektif asal penubuhannya,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Kadir, 73, dalam Facebooknya memaklumkan, beliau keluar dari parti sejak Khamis lalu dan telah memaklumkan tindakannya kepada Setiausaha Agung parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya