22,360 warga Amanjaya dikena perintah Temco - Utusan Malaysia

22,360 warga Amanjaya dikena perintah Temco

PENDUDUK Amanjaya, Sungai Petani dikenakan perintah Temco.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Penduduk dan peniaga di Amanjaya di sini bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Mereka berpendapat Temco wajar ekoran penularan Covid-19 bagi Kluster Tawar semakin membimbangkan penduduk.

Peniaga nasi ayam, Mazlan Daud, 37, berkata, pelaksanaan Temco penting mengekang wabak dan menjamin keselamatan penduduk.

“Walaupun peniagaan saya terjejas sepanjang Temco, namun kesihatan penduduk lebih penting,” katanya ketika ditemui semalam.

Semalam Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menguatkuasakan Temco di Amanjaya sehingga satu tempoh akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ismail berkata, seramai 22,360 isi rumah di Amanjaya membabitkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur diletakkan bawah Temco.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sekitar Amanjaya lengang dengan hanya sekali sekala ternampak kelibat penduduk keluar membeli barangan keperluan harian.

Seorang pekerja swasta, Mohd. Rozihan Tahir, 42, berkata, penduduk kawasan ini menitikberatkan kesihatan dan mereka tidak keluar rumah tanpa urusan penting.

“Saya bersetuju dengan pelaksanaan Temco di kawasan ini memandang semakin ramai penduduk termasuk pelajar sekolah disahkan positif Covid-19,” katanya

Penduduk Zon Melur, Umi Kalsom Ahmad, 57, pula berkata, dia membeli barang keperluan termasuk makanan sebagai persiapan sepanjang Temco. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN