Terbukti Najib lakukan jenayah - Utusan Malaysia

Terbukti Najib lakukan jenayah

Mohamed Haniff Khatri Abdulla
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi yang menyabitkan kesalahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram hari ini membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah melakukan jenayah semasa memegang jawatan eksekutif tertinggi negara.

Namun, menurut peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla, rakyat tidak sepatutnya bergembira dan meraikan perkembangan itu kerana ia menunjukkan bahawa sistem tadbir urus negara berada dalam keadaan yang mengecewakan.

“Bagaimana sistem tadbir urus negara kita boleh biarkan jenayah korporat, jenayah kolar putih, rasuah dan pecah amanah berlaku?

“Ini satu perkara serius dan kita patut ambil iktibar bahawa semua pihak yang terlibat dalam urus tadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan sepatutnya mengelakkan perkara seperti ini berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata beliau, rakyat juga perlu merasa bersalah atas apa yang telah berlaku apabila membiarkan seorang Perdana Menteri melakukan jenayah sebegitu.

“Mana-mana kerajaan tidak berhak membiarkan keadaan itu disalahgunakan oleh pihak yang memanggil diri mereka sebagai pemimpin negara,” tegasnya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara boleh dihukum penjara antara dua hingga 20 tahun dan juga boleh didenda jutaan ringgit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.