Tanda kebangkitan Utusan Malaysia - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Tanda kebangkitan Utusan Malaysia – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR : Penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia pastinya akan melakar sejarah baharu negara sekali gus menjadi tanda kebangkitan semula akhbar penuh bersejarah itu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau yakin warga kerja Utusan dapat mengangkat semula agenda akhbar itu yang selama ini memperjuangan isu-isu rakyat dan negara. 

“Kepada wartawan-wartawan Utusan Malaysia, selamat maju dan sentiasa pastikan kebenaran serta keadilan itu akan menang dalam setiap laporan diberikan. 

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan utusan, saya doakan yang terbaik,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia pada hari ini selepas hampir 10 bulan tidak diterbitkan ekoran penamatan operasi syarikat induknya, Utusan Melayu (M) Berhad. 

Selain Utusan Malaysia, akhbar Kosmo! juga kembali di pasaran pada hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia yang diterbitkan semula itu menampilkan kandungan lebih segar dan bersifat agresif sebagai langkah mewujudkan persaingan kepada sektor digital dan laman media sosial terutama Twitter serta Facebook. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya