Suami Youtuber mengamuk - Utusan Malaysia

Suami Youtuber mengamuk

SUAMI kepada seorang Youtuber masakan terkenal di negeri ini (tengah) di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suami kepada seorang Youtuber masakan terkenal di negeri ini ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes memiliki senjata berbahaya di sebuah hospital di sini semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul 6 petang semalam.

Difahamkan suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membawa senjata tajam telah datang ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana mencari adik iparnya selepas berselisih faham antara mereka.

Perselisihan faham tersebut dipercayai berpunca daripada satu majlis di sini yang berlangsung pada Isnin lalu.

Ketegangan antara mereka berterusan sehingga suspek datang ke hospital dan bertindak memukul isterinya di pekarangan hospital berkenaan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Majistret Nabiha Mohd. Noor dari Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya