Najib fail notis rayuan - Utusan Malaysia

Najib fail notis rayuan

Najib Tun Razak
NAJIB Tun Razak ketika hadir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta dan beliau melalui peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. – FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat pelaburan negara, SRC International Sdn. Bhd.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang peguam bela mewakili Ahli Parlimen Pekan itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi media hari ini.

Notis rayuan tersebut difailkan kira-kira pukul 2.30 petang di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau gagal menimbulkan keraguan munasabah bagi tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah dan disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Selepas menjatuhkan hukuman tersebut, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuannya.

Mahkamah turut memerintahkan Najib melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya