Jawatankuasa kerja ditubuhkan selesaikan masalah hospital daif - Utusan Malaysia

Jawatankuasa kerja ditubuhkan selesaikan masalah hospital daif

Wad perempuan satu Hospital Sultanah Aminah (HSA) terbakar Jun tahun lalu berikutan pendawaian yang daif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah jawatan­kuasa kerja ditubuhkan segera bagi memperbaiki kesemua 46 buah hospital yang daif di seluruh negara.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa itu dianggotai Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah bermesyuarat hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kerja Raya pula akan menyediakan bantuan teknikal dan setakat ini kajian telah pun dilakukan berhubung masalah itu.
“Hospital-hospital yang ber­usia 50 tahun ke atas perlu di­selesaikan terlebih dahulu iaitu yang melibatkan risiko kebakaran.
“Mana-mana yang tidak patuh dan belum dapat sijil perakuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, kita kena ta-ngani perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Skim Perantisan Nasional di Menara KBS di sini semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa sekurang-kurangnya 46 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara daif dan ‘uzur’ yang berisiko jika berlaku kejadian tidak diingini terutama kebakaran.
Perkara itu turut disahkan oleh dua bekas menteri, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan mengakui isu itu mendapat perhatian serius mereka semasa menerajui Kementerian Kesihatan.
Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, hospital-hospital terbabit yang menempatkan kira-kira 30,000 katil pesakit memiliki sistem pendawaian elektrik berbahaya.
Fadillah berkata, pihaknya akan bekerjasama untuk membantu mencari penyelesaian.
“Saya harap, selepas perbincangan dilakukan, kita akan tahu arah tujunya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya