Abang maut, adik selamat dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Abang maut, adik selamat dalam kebakaran

KEADAAN rumah dua tingkat yang terbakar dan meragut satu nyawa di Taman Bukit Saga, Seksyen 26 di Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemukan rentung selepas terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Taman Bukit Saga di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, mayat Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan di laluan masuk ke bilik air di tingkat dua rumah berkenaan.

Adik mangsa, Ahmad Hamizan, 25, yang tidur di tingkat bawah sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.

Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Hafisham Mohd. Noor berkata, ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di dalam rumah.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kita dimaklumkan, ibu bapa mereka berada di luar negara,” katanya di sini hari ini.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat .- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya