8,884 kes jangkitan Covid-19 setakat Sabtu - Utusan Malaysia

8,884 kes jangkitan Covid-19 setakat Sabtu

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat Sabtu, 25 Julai adalah sebanyak 8,884 kes dengan 23 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 167 kes.

Katanya, kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan, daripada 23 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

“Enam kes import tersebut adalah dari Singapura sebanyak tiga kes); Indonesia (satu kes); Filipina (satu kes) dan Rusia satu kes,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Daripada 17 kes penularan dalam negara, 10 kes adalah dari kalangan warganegara Malaysia manakala tujuh kes adalah dari kalangan bukan warganegara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, kata Noor Hisham, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Tambah beliau, KKM juga ingin memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching.

Kluster Bukit Tiram ini telah dikenal pasti apabila terdapat dua kes positif yang dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8,868 dan kes ke-8,869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

Bagi Kluster Syarikat Pembinaan Kuching, kes pertama kluster ini merupakan kes positif Covid-19 yang telah dikesan pada 11 Julai 2020 (kes ke-8,715).

“Melalui siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenal pasti yang terdiri daripada lima rakan serumah dan 50 rakan sekerja. Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya