KUALA TERENGGANU: Seramai 10 pasangan pertama yang mendirikan rumah tangga menerusi Portal Jodoh Darul Iman akan ditaja melancong sama ada di dalam atau luar negara oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, insentif itu diperkenal sebagai galakan kepada peserta yang menyertai platform berkenaan dalam usaha mencari pasangan hidup secara terancang. Beliau berkata, setakat ini tujuh pasangan yang dipadankan menerusi portal berkenaan…










