88 individu di Selangor tidak buat saringan kedua Covid-19 - Utusan Malaysia

88 individu di Selangor tidak buat saringan kedua Covid-19

Fadzil Ahmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor memburu 88 individu tidak hadir melakukan saringan kedua Covid-19.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua individu terbabit sepatutnya menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari ke-13, namun mereka  tidak berbuat demikian.

“Tindakan individu ini menimbulkan kerisauan masyarakat. Oleh demikian, kita menubuhkan  pasukan khas bagi mengesan semua individu yang gagal hadir ke klinik untuk disaring kali kedua.

“Jika mereka terus enggan berbuat demikian, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 Akta 342,” kata beliau pada sidang akhbar hari ini.

Justeru, beliau  menggesa mana-mana individu yang belum membuat saringan kedua, segera ke klinik kesihatan.

Fadzil berkata, pihaknya telah mengeluarkan  3,267 kompaun bermula April sehingga semalam.

“Jumlah yang membuat bayaran 1,639 individu. Oleh demikian, kita menasihati masyarakat supaya mengikut undang-undang  bagi mengekang penularan Covid-19 elak dikompaun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya