NASIB golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) terus mendapat perhatian, malah bantuan sewajarnya turut disediakan bagi membantu meringankan beban golongan tersebut. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) tidak ketinggalan menghulurkan bantuan sewajarnya, malah bertekad menyantuni golongan komuniti itu yang terdiri dalam kalangan belia, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) sebaik mungkin. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Dr. Rosli Yaakop berkata, antara inisiatif baru yang dilaksanakan oleh yayasan itu adalah…










