AMPANG – Seorang wanita warga emas yang ditemui maut dalam keadaan tangan berikat di rumahnya di sebuah apartmen di Tasik Tambahan Ampang di sini pada 19 September lalu dipercayai diserang secara seksual. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, pihaknya telah menemui kesan air mani. “Kami tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa telah diserang secara seksual. Identiti suspek juga telah dikenal pasti…










