SEREMBAN 7 Okt. – Seorang wanita berusia 42 tahun maut dipercayai dipukul dan disamun di hadapan rumahnya di Felda Sendayan dekat sini malam tadi. MOHD. Said Ibrahim Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal. “Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah terima maklumat kira-kira pukul 9.25 malam memaklumkan seorang wanita meninggal dunia di hadapan sebuah rumah…









