KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebuah video tular dalam laman sosial memaparkan seorang pemandu bas bermain telefon pintar ketika memandu di lebuh raya. Menerusi video tersebut, bas dipercayai dipandu dengan laju di lorong kanan lebuh raya dengan keadaan jalan raya yang basah. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya akan cuba mengesan pemandu tersebut untuk diambil tindakan. “Saya tidak pasti sama ada video…










