Pernah dikhianati, Puteri Sarah lebih berhati-hati - Utusan Malaysia

Pernah dikhianati, Puteri Sarah lebih berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon,Puteri Sarah Liyana berkongsi cara bagaimana dirinya melalui fasa sukar dalam kehidupan rumah tangga dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menerusi klip podcast Sembang Studio, Puteri Sarah, atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata, setiap kali berdepan tekanan, dia memilih untuk menunaikan solat dan meluahkan segala rasa yang terbuku di hati kepada Allah.

Menurutnya, dalam saat sukar, solat menjadi tempat terbaik untuk mengadu dan mencari ketenangan jiwa.

“Kadang-kadang kita kena bina diri sendiri untuk jadi kuat. Tetapi sebagai manusia, ada masanya kita juga mahu dimanjakan dan disayangi. Satu-satunya perkara yang saya buat ialah solat. Saya bercakap dengan Allah, ‘Ya Allah, kenapa jadi macam ini hari ini? Sarah tak mahu jadi macam ini’.

“Saya bercakap sendiri dan berdoa, ‘Tolong berikan apa-apa petunjuk tentang apa yang saya perlu lakukan’,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah mengakui, dia kini lebih berhati-hati untuk berkongsi masalah dengan orang lain kerana pernah beberapa kali dikhianati oleh individu yang dipercayai.

“Saya sudah jadi takut untuk bercerita dengan orang sebab terlalu banyak kali saya ditikam dari belakang.

“Itu satu-satunya cara yang benar-benar membantu saya untuk sembuh,” ujarnya.

Tambah Sarah lagi, selepas selesai solat dan meluahkan segala perasaan kepada Allah, dia akan menenangkan diri dengan memeluk dirinya sendiri sambil memberi kata-kata semangat.

“Kalau saya dapat bertemu dengan diri saya yang dahulu, saya mahu berpesan supaya menjaga maruah dan menjaga diri. Kadang-kadang selepas saya solat dan mengadu semuanya kepada Allah, perkara terakhir yang saya lakukan ialah memeluk diri sendiri sambil berkata, ‘Sarah, awak sudah buat yang terbaik’.

“Siapa lagi yang mahu memeluk saya? Sayalah yang perlu memeluk diri sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN