SAUDARA PENGARANG, PIHAK pengurusan sekolah perlu memandang serius terhadap buli yang berlaku dalam kalangan pelajar serta mengambil tindakan tegas terhadap gejala itu. Jangan pandang ringan perkara ini kerana mangsa buli kini boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan sekolah. Ini susulan keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini yang membenarkan tuntutan saman berjumlah RM616,634.20 kepada seorang mangsa buli yang mengalami kecacatan kekal pendengaran. Rasanya tidak perlu diulang apa…










