KOTA KINABALU – Polis Sabah berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan pelbagai jenis ubat herba tradisional bernilai RM15.6 juta selepas merampas 398 kotak barangan itu dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Tuaran pada 28 September lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, polis menemui 240,000 botol pil herba di dalam 398 kotak tersebut yang dipercayai diseludup dari negara luar. “Daripada maklumat yang diterima,…










