SEBERANG PERAI – Seramai tujuh kanak-kanak yang menyertai acara berjalan kaki cedera selepas terkena serpihan motosikal yang terlibat kemalangan di Jalan Taman Sungai Dua Utama, Sungai Dua, Butterworth di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, mereka yang mengalami kecederaan ringan tersebut adalah murid berusia tujuh hingga 12 tahun. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas dua buah motosikal…










