KIEV 4 Okt. – Sekurang-kurangnya tiga orang maut selepas pesawat pengangkutan terhempas ketika mendarat di barat Ukraine, hari ini. Menurut perkhidmatan kecemasan, pesawat Antonov-12 tersebut dengan lapan orang kru dan penumpang mendarat 1.5 kiometer dari landasan di Lapangan Terbang Lviv. “Kru terperangkap dalam pesawat manakala dua lagi masih tidak ditemukan,” katanya. Dalam pada itu, Menteri Infrastruktur, Vladyslav Kryklii memberitahu, lima maut dalam pesawat yang dioperasikan Ukraine Air Alliance dalam penerbangan…










