KUALA LUMPUR 6 Okt. – Seramai dua pemandu lelaki dan seorang wanita nyaris maut setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dalam kejadian di Kilometer 26.3 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) baru-baru ini. Ketika kejadian pada pukul 5.55 petang itu, tiga buah kereta terbabit kemalangan dan kesemua pemandunya tidak mengalami kecederaan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supretenden Azman Shari’at berkata, kemalangan yang berlaku pada 2 Oktober itu…










