KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Hungary membawa kembali program ‘Tram Sarong Budapest’ bagi edisi kedua pada 16 Mei baru-baru ini, sebagai usaha memperkukuh promosi budaya Malaysia di Hungary menerusi penganjuran unik di atas laluan ikonik Tram 2 di Budapest.
Program tersebut dihadiri oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Budapest, Hungary, Norafizan Mustaffa yang turut bersama komuniti ekspatriat Malaysia termasuk pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di beberapa universiti sekitar Budapest dan Debrecen.
Menurut Norafizan, seawal pagi, peserta berkumpul di Dataran Jászai Mari sebelum menaiki trem khas berwarna kuning yang dihiasi Jalur Gemilang.

“Perjalanan tersebut menyusuri Sungai Danube, sekali gus menarik perhatian penduduk tempatan serta pelancong di sekitar laluan ikonik berkenaan.










