PUTRAJAYA 4 Okt. – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan bahawa tiada keperluan bagi calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 menduduki semula peperiksaan itu. Ini adalah kerana pengendalian PT3 adalah sama seperti peperiksaan akhir tahun sekolah dengan menggunakan kertas soalan setara standardnya, kata kementerian itu dalam kenyataan. Menurut KPM, PT3 merupakan Pentaksiran Pusat (PP) dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ia ditadbir oleh sekolah berdasarkan instrumen dan panduan penskoran…










