LIVERPOOL 1 Okt. – Jurgen Klopp mengakui Liverpool akan menerima apa sahaja hukuman yang bakal dijatuhkan EFL, jika kelab itu didapati bersalah menyenaraikan pemain yang tidak layak beraksi di MK Dons. Penyertaan kelab itu pada Piala Liga kini terancam selepas pemain tengah Sepanyol, Pedro Chirivella disenaraikan ke dalam skuad Liverpool tanpa mendapat kelulusan antarabangsa, Rabu lalu. Chririvella menggantikan Naby Keita sejam selepas permainan berlangsung, yang menyaksikan barisan muda Reds menewaskan…










