KUALA LUMPUR 1 Okt. – Penetapan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor pada Sabtu 16 November depan, disifatkan orang rama sebagai perang psikologi terhadap UMNO. Ini kerana tarikh tersebut merupakan hari kemuncak Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2019 yang bermula dari 13 November. Hari kemuncak itu biasanya menjadi perhatian ahli-ahli UMNO, parti-parti gabungan Barisan Nasional (BN) serta pemerhati politik Malaysia bagi mengetahui hala tuju parti Melayu terbesar…









