IPOH 8 Okt. – Teater Boneka Hidup arahan Izwan Palarae diangkat sebagai teater terbaik bagi membawa pulang hadiah RM3,000 pada Festival Teater Perak 2019 (FTP ’19) yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan Negeri Perak (JKKNP) di sini. Teater tersebut yang dipentaskan oleh kumpulan Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) turut meraih empat kemenangan lain iaitu Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Terbaik. Kemenangan ini menyaksikan SSeMPk…










