KUALA LUMPUR 7 Okt. – MCA hari ini memutuskan 30 November hingga 1 Disember sebagai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu, berikutan tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini bertembung dengan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon, dalam kenyataan hari ini, berkata, AGM itu bermula akan pada malam 30 Nov hingga 1 Disember manakala AGM bagi Pemuda serta…









