KABUL 1 Okt. – Kumpulan militan Taliban membunuh sekurang-kurangnya 11 orang pegawai polis di wilayah Balkh sebelum bertindak membakar ibu pejabat polis. Reuters melaporkan, serangan di daerah Shortepa itu bermula petang semalam dan berlanjutan sehingga awal hari ini. Pasukan Pertahanan dan Keselamatan Nasional Afghanistan berjaya menawan semula ibu pejabat terbabit selepas bantuan tiba. – AGENSI










