Banyak kali juga sebenarnya kelibat pengacara wanita ini dapat dilihat dalam majlis mahupun program yang disiarkan di televsiyen. Sungguh petah berkata-kata dan tidak kekok untuk ‘menghidupkan’ suasana dalam acara yang dikendalikannya. Namun, entah mengapa pengacara berbakat yang mempunyai imej unik iaitu berambut kerinting yang tebal dan berkulit sawo matang ini tidak begitu disedari peminat seperti nama pengacara yang lain. Tidak melatah dengan keadaan tersebut, Fiza Frizzy tetap meneruskan kerjayanya dengan penuh dedikasi dan tidak pernah mengeluh dengan situasi yang dihadapinya. “Saya bukan siapa-siapa dalam industri ni, hanya seorang pengacara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya